KoopMKM terlibat dengan aktiviti perniagaan pasarmini (CoopMart) yang berada di Blok K, Maktab Koperasi Malaysia (MKM). CoopMart menjual dan menyediakan pelbagai barangan keperluan harian, cenderamata, alat tulis, aksesori pakaian dan uniform untuk keperluan anggota KoopMKM sendiri dan juga peserta-peserta kursus yang hadir berkursus di MKM.