KoopMKM telah membeli dua (2) unit bangunan kedai pejabat di Tamarind Square, Cyber Jaya. Pembelian bangunan ini merupakan pembelian aset pertama bagi KoopMKM yang bernilai RM7.5 juta untuk disewakan kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi dijadikan pejabat MKM Zon Tengah.