PASAR MINI DAN CAFE KOPERASI MKM
Tahun 2008 dijangka men
janjikan keuntungan yang
lebih baik bagi pasar mini
dan kafe Koop MKM Bhd. Maka tepatlah pihak Jawatankuasa ini mengambil
pelbagai langkah dalam
meningkatkan prestasi
jualan dan keuntungan
pasar mini dan kafe, selain
menjanjikan perkhidmatan
yang terbaik bagi para pelanggannya. Selaras dengan objektif utamanya,
iaitu memenuhi kehendak
dan keperluan pelanggan,
selain menjana keuntungan
bagi koperasi MKM itu
sendiri.
Bermula dengan aktiviti
gotong-royong yang diadakan pada 1 Februari 2008,
ahli-ahli jawatankuasa
kecil AJKK) pasar mini
dan kafe telah membersihkan premis pasar mini
dan kafe, di samping
menyusun atur semula barang-barang jualan.
Usaha ini dilihatkan wajar
demi menyediakan suasana persekitaran yang
bersih, selesa dan menyamankan. Selain itu sebuah
kipas besar juga telah di
pasang di kawasan gazebo
kafe untuk mengurangkan
rasa panas ketika menjamu
selera di kawasan ini.
Pihak jawatankuasa juga
telah mengambil inisiatif
untuk memperkenalkan
beberapa menu baru, baik
untuk sarapan pagi, mahu
pun minum petang, demi
menarik lebih ramai pelanggan. Ini dapat dilihat
apabila kafe mula menjual roti canai dan bubur, selain
kuih-muih dan nasi lemak
yang sedia ada untuk sarapan pagi. Pihak jawa tankuasa juga mempunyai
perancangan untuk menjual sandwich dan krim
sup cendawan atau cream
of mushroom soup sebagai
menu sarapan pagi dalam
masa yang terdekat ini.
Bagi makan tengah hari
pula, kafe akan mempelbagaikan lauk yang sedia
ada, seperti menyediakan
sambal belacan yang sedap
bersama ulam-ulaman
seperti pucuk pegaga,
ulam raja, kacang botol
dan timun. Ini membukti
kan pihak jawatankuasa
juga peka terhadap kualiti
pemakanan dan faktor ke
sihatan para pelanggannya
dan bukan hanya mengejar
keuntungan semata-mata.
Dalam masa yang terdekat
ini juga, kafe merancang
untuk menjual buah-
buahan yang telah dipotong untuk menu sampingan waktu makan tengah
hari. Tidak ketinggalan
juga cendol yang menjadi
minuman kegemaran ra
mai.
Sementelah penat bekerja
di pejabat, sudah pastinya
kita perlukan sedikit masa
untuk berehat atau menga
las perut yang mula lapar,
sebelum meneruskan kerja
sehingga petang. Maka, bersesuaianlah pihak jawa
tankuasa menyediakan
menu ringan untuk jualan
minum petang seperti ker
opok lekor dan roti panas.
Keselesaan dan kemudahan yang disediakan oleh
pihak pasar mini dan kafe
bagi seseorang itu mendapatkan bekalan makanan
dan minuman sepanjang
berada di kawasan MKM,
khususnya kakitangan,
sudah pasti menjadikan
seseorang itu sentiasa
bertenaga dan produktif
dalam menjalankan tugasan harian. Inilah sumbangan jawatankuasa
pasar mini dan kafe secara
tidak langsung ke arah
menjana produktiviti
MKM.
Perancangan yang terbaru,
pasar mini akan menjual
produk makanan dingin
beku atau frozen food
seperti karipaf, pau, vade,
kuih koci, apam, samosa,
kasturi, pegedil dan lain-lain lagi. Sudah pastinya
produk ini memberi kemudahan dan kesenangan terutamanya bagi golongan
wanita yang bekerja dan
berkerjaya, dalam menyediakan makanan sampingan untuk seisi keluarga.
Selamat menjamu selera.
Oleh: JKK Pasar Mini dan Café,
Koop MKM